Aromaterapi


Minyak Pati Kayu Putih
Eucalyptus Essential Oil
Gred Terapeutik
100% Ekstrak Tulen Daripada Spesis Eucalyptus globulus
Kebaikan
Membersihkan kulit dari kekotoran dan jangkitan kuman. Melegakan otot-otot yang penat dan sendi-sendi yang sakit akibat terseliuh atau regangan. Melegakan sakit kepala dan  mengurangkan batuk dan simptom selsema.
>>  RM25 <<
Penghantaran Percuma!

Minyak Pati Luban
Frankincense Essential Oil
Gred Terapeutik
100% Ekstrak Tulen Daripada Spesis Boswellia Serrata
Kebaikan
Membersihkan udara dan menghilangkan bau dengan membunuh bakteria dalam udara; merawat keradangan seperti kemerahan (redness), gatal dan bengkak; meningkatkan daya fokus dan ketenangan rohani; menenangkan fikiran dan emosi; dan menghilangkan perasaan cemas, pening dan kerisauan.
>> RM25 >>
Penghantaran Percuma!

Minyak Pati Limau Ledang
Grapefruit Essential Oil
Gred Terapeutik
100% Ekstrak Tulen Daripada Spesis Citrus paradisa
Kebaikan
Mempunyai aroma sitrus yang tajam dan menceriakan yang boleh menyenangkan hati dan membangkitkan semangat dan kekuatan mental. Digunakan dalam aromaterapi untuk meningkatkan tahap tenaga bagi mereka yang mengalami masalah emosi atau kurang bersemangat atau malas untuk melakukan sesuatu.
>> RM25 <<
Penghantaran Percuma!

Minyak Pati Lavender
Lavender Essential Oil
Gred Terapeutik
100% Ekstrak Tulen Daripada Spesis Lavandula angustifolia
Kebaikan
Menenangkan fikiran, menyeimbangkan hormon, mengurangkan depresi dan kemurungan, dan membantu mengatasi masalah tidur (insomnia). Mengandungi bahan antioksidan untuk melembut dan melembapkan kulit dan melawan penuaan kulit. Mempunyai sifat antiseptik dan antikulat untuk merawat kulit yang gatal dan bengkak akibat sengatan serangga.
 >> RM25 <<
Penghantaran Percuma!

Minyak Pati Limau
Lemon Essential Oil
Gred Terapeutik
100% Ekstrak Tulen Daripada Spesis Citrus limonum
Kebaikan
Melegakan simptom selsema dan hidung yang tersumbat. Menyihat dan meregangkan kulit wajah, dan mengurangkan selulit (lemak di lapisan kulit). Juga boleh digunakan untuk menggilap/mengelap perabut sambil membasmi kuman.
>> RM25 <<
Penghantaran Percuma!

Minyak Pati Serai
Lemongrass Essential Oil
Gred Terapeutik
100% Ekstrak Tulen Daripada Spesis Ombopogun citratus
Kebaikan
Melegakan keradangan atau kesakitan pada otot-otot atau sendi akibat keregangan yang berlebihan semasa senaman. Campurkan kepada krim atau losyen untuk mencegah infeksi kuman pada luka-luka atau kudis berair. Berfungsi sebagai pewangi dan pembersih udara semulajadi yang membersih dan menyegarkan udara dan menghilangkan bau-bauan yang tidak menyenangkan.
>> RM25 <<
Penghantaran Percuma!

Minyak Pati Pudina
Peppermint Essential Oil
Gred Terapeutik
100% Ekstrak Tulen Daripada Spesis Mentha piperita
Kebaikan
Minyak Pati Pudina sudah terkenal dengan wangian pudinanya yang sangat menyenangkan dan membuatkan anda lebih bertenaga dan segar. Ia boleh meningkatkan daya fokus dan daya ingatan, dan melegakan sakit kepala dan batuk ringan. Bila digunakan dalam terapi urut, ia boleh merawat sakit sendi, merangsang peredaran darah dan mengurangkan keradangan. Baik untuk mereka yang mengalami keletihan, pening dan rasa tidak bermaya.
>> RM25 <<
Penghantaran Percuma!

Minyak Pati Oren Manis
Sweet Orange Essential Oil
Gred Terapeutik
100% Ekstrak Tulen Daripada Spesis Citrus sinensis
Kebaikan
Memberi ketenangan dan menaikkan semangat lantas membantu menghilangkan kecelaruan pada fikiran dan mengurangkan stres atau hipertensi. Campurkan dengan minyak zaitun untuk melembapkan kulit dan memberi kesan anti-penuaan, juga membantu menyahtoksin dan menggalakan pembentukan kolagen pada kulit. Campurkan kepada pembasuh muka untuk menghilangkan minyak pada kulit muka dan menghilangkan jerawat.
>> RM25 <<
Penghantaran Percuma!

Minyak Pati Gelam Wangi
Tea Tree Essential Oil
Gred Terapeutik
100% Ekstrak Tulen Daripada Spesis Melaleuca alternifoilia
Kebaikan
Memperbaiki keseimbangan mental, fizikal dan emosi; mengandungi bahan-bahan antiviral, anti-kulat dan anti-bakteria; bertindak sebagai agen anti-radang; menghilang atau mengurangkan stres; dan penenang fikiran untuk mereka yang dilanda serangan panik, perasaan cemas dan kemurungan.
>> RM25 <<
Penghantaran Percuma!

PEMBAUR ELEKTRIK
Electric Diffuser
Teknologi Ultrasonik
Kapasiti Bekas Air: 130 mL
Masa Berfungsi: 3 jam
Dimensi: 100 x 100 x 95 mm
Berat: 130 gm
Kuasa: 2-3W (Wayar Kuasa USB)

Kegunaan
Pembaur Aromaterapi SINA adalah sejenis pelembab udara (humidifier) yang sangat mudah digunakan untuk memenuhi ruang bilik atau pejabat anda dengan berjuta-juta partikel mikro dari campuran minyak pati (essential oils) SINA dan air. Ia menyuraikan partikel-partikel tersebut ke udara dan mengeluarkan konstituen-konstituen yang terdapat dalam minyak pati SINA, lantas menjadikan ruang bilik atau pejabat anda seolah-olah macam suasana SPA. Pembaur ini akan beroperasi berterusan selama 3 jam dengan fungsi penutupan automatik, atau sehingga air kering. Rekaannya yang menarik dihiasi dengan lampu LED 7 warna akan menyerikan hari-hari anda. Ia sesuai digunakan samada di rumah atau di pejabat. Pembaur ini menggunakan teknologi gelombang ultrasonik untuk menghasilkan wap daripada campuran minyak pati dan air yang akan mewangi dan menyegarkan ruang bilik atau pejabat anda. Ia sangat ringan dan bersaiz kecil jadi mudah di bawa ke mana-mana. Ia juga menggunakan wayar kuasa USB jadi hanya perlu sambung ke komputer peribadi ini anda untuk menyalakannya.

>> RM37 >>
Penghantaran Percuma!


PROMOSI