Berikut adalah soalan-soalan lazim (Frequently Asked Questions) berkenaan dengan Baobab.

Apakah Baobab selamat dimakan?

USFDA dalam tahun 2009 telah mengiktiraf Baobab sebagai makanan yang selamat (generally recognized as safe (GRAS)). Baobab tidak mengandungi logam-logam berat atau bahan-bahan kimia yang membahayakan kesihatan. Kandungan utamanya ialah vitamin-vitamin terutamanya vitamin C dan karbohidrat dalam bentuk serat yang larut. Baobab juga kaya dengan kalsium, potassium, asid folik dan zat besi.

Perlu diingatkan bahawa Baobab mengandungi serat larut yang agak tinggi, dalam sekitar 45-50%. Oleh itu, pengambilan Baobab boleh membekalkan serat yang cukup untuk sistem penghadaman. Bagi sesetengah orang yang kurang mengambil serat dalam pemakanan mereka, pembekalan serat ini mungkin boleh menyebabkan ketidakselesaan di dalam perut terutamanya kalau ia diambil dalam kuantiti yang banyak. Perut mungkin akan terasa kembung atau penuh. Bila ini berlaku, pengambilan Baobab hendaklah dikurangkan dan hendaklah meminum banyak air.

Di Senegal umpamanya, Baobab diberikan kepada wanita-wanita yang mengandung dan yang menyusukan anak sebagai sumber nutrisi. Baru-baru ini juga, Baobab telah diiktiraf sebagai makanan tambahan oleh Kelab Basikal Itali, Kelab Pemandu Formula-1 dan Kelab-kelab Bolasepak di Eropah.

Apakah ada sukatan pengambilan yang tertentu untuk Baobab?

Oleh kerana Baobab ini merupakan sejenis makanan (atau minuman), seperti halnya dengan jus kurma, dan bukan dikategorikan sebagai herba, maka tiada sukatan tertentu yang dikhaskan untuk pengambilan Baobab. Walau bagaimanapun, sukatan yang optimum yang disyorkan oleh pengkaji-pengkaji Baobab ini ialah lebih-kurang 20gm sehari untuk kegunaan biasa bagi memelihara kesihatan sistem penghadaman dan sistem imun badan. Jadi pengambilan 20gm Baobab sehari (contohnya, 10gm pagi dan 10gm malam) adalah memadai untuk membekalkan keperluan vitamin C dan serat yang diperlukan oleh badan orang dewasa.

Untuk tujuan merawat sesuatu penyakit seperti anemia, pengambilan boleh ditambah sehingga 30gm sehari.

Kepada pengguna yang baru mencuba Baobab ini, hendaklah mulakan dengan sukatan yang minimum iaitu dalam sekitar 10gm sehari. Untuk kanak-kanak, boleh mulakan dengan 5gm sehari.

Bagaimana untuk membezakan antara Baobab yang asli dan berkualiti tinggi dengan yang tiruan atau yang rendah kualiti?

Baobab satu-satunya makanan yang sangat kaya dengan antioksidan kerana kandungan Vitamin C yang tinggi. Ia juga kaya dengan serat makanan (dietary fiber) yang larut, hampir 50%. Keistimewaan inilah yang menjadikan Baobab sangat efektif sebagai makanan kesihatan terutamanya untuk merawat masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengan radikal bebas and kekurangan Vitamin C.

Jadi, untuk mengenali samada sesuatu produk Baobab itu tulen 100% atau tidak, dan samada ia dari jenis kualiti yang terbaik atau tidak, lihat pada fakta makanan yang disediakan pada bungkusan produk tersebut. Pastikan yang kandungan serat makanannya (biasanya ditulis sebagai Jumlah Serat Makanan atau Total Dietary Fiber) antara 45% hingga 50% dan kandungan Karbohidrat antara 75gm hingga 80gm untuk setiap 100gm serbuk Baobab. Manakala kandungan Vitamin C pula antara 230mg hingga 270mg. Jika kandungannya lebih rendah, ini mungkin bermakna produk tersebut bukan tulen 100% atau bukan dari jenis kualiti yang baik dari Afrika.

Apakah keistimewaan Baobab?

Masih ramai orang Malaysia yang belum mengenali Baobab sebagai sumber makanan yang berkhasiat, apatah lagi kebaikan-kebaikannya. Mungkin disebabkan kurangnya promosi untuk produk ini. Atau mungkin ramai yang masih ragu-ragu tentang kehabatan Baobab ini.

Secara ringkasnya, Baobab sangat kaya dengan kandungan antioksidan mengatasi makanan-makanan lain yang sudah terkenal dengan kandungan antioksidannya seperti acai, goji, blueberry dan delima. Di samping itu, Baobab juga padat dengan kandungan Vitamin C (6x berbanding oren), Vitamin B kompleks, Kalsium (2x berbanding susu) dan mineral-mineral lain seperti zat besi, fosforus, potasium, magnesium dan polyphenol (kumpulan antioksidan).

Jadi Baobab ini sangat sesuai untuk merawat masalah-masalah kesihatan yang bersangkut-paut dengan radikal bebas, jangkitan bakteria atau kuman, dan kekurangan Vitamin C (Vitamin C deficiency).

Apakah Baobab boleh membantu menaikkan Hemoglobin darah?

Hemoglobin (singkatan: Hb) merupakan molekul protin di dalam sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut melalui sistem peredaran darah ke tisu-tisu dalam badan. Ion besi dalam bentuk Fe+2 dalam hemoglobin memberikan warna merah pada darah. Dalam keadaan normal, 100 ml darah mengandungi 15 gram hemoglobin yang mampu mengangkut 0.03 gram oksigen.

Paras hemoglobin yang rendah merupakan satu keadaan yang dikenali sebagai anemik. Terdapat beberapa sebab berlakunya anemia. Sebab utama biasanya kehilangan darah (kecederaan teruk, pembedahan, pendarahan kanser kolon), kekurangan vitamin (besi, vitamin B12, folate), masalah sum-sum tulang (penggantian sum-sum tulang oleh barah, pemendaman oleh rawatan dadah chemotherapy, kegagalan buah pinggang (ginjal)), dan hemoglobin tidak normal (anemia sel sabit).

Bagaimana Baobab boleh membantu merawat masalah anemia ini? Baobab kaya dengan zat besi, vitamin C (asid askorbik), vitamin B kompleks, asid folik, kalsium dan potasium dalam satu ramuan. Semua nutrien-nutrien ini amat diperlukan bagi mengekalkan paras hemoglobin pada tahap yang sihat. Amat sukar mencari satu jenis makanan semulajadi yang mengandungi semua bahan-bahan nutrien ini.