Baobab Sumber Vitamin C Yang Tinggi


Pokok baobab yang banyak terdapat di benua Afrika lebih dikenali dengan ‘pokok untuk kehidupan’ (tree of life) kerana ia mampu memberikan makanan, minuman dan tempat berteduh kepada manusia dan haiwan. Sesetengah orang memanggil pokok Baobab ini sebagai 'pokok terbalik' (upside down tree) kerana dahan dan rantingnya kelihatan seperti akar pokok. Pokok ini boleh mencapai ketinggian sehingga 5–30 meter dan dahannya berukuran 7–11 meter. Sesetengah pokok baobab yang ditemui dikatakan telah hidup beribu tahun lamanya, namun fakta ini sukar untuk dibuktikan.

Buahnya yang seakan menyerupai buah kelapa mendapat gelaran 'roti monyet' (monkey bread) dan terkenal dengan kandungan vitamin C (antioksidan) yang sangat tinggi. Sejak berabad lamanya, penduduk di seluruh benua Afrika telah menikmati keenakan dan kesegaran buah baobab. 

Minuman Baobab sangat terkenal di Afrika sebagai sejenis minuman yang sedap dan berkhasiat. Ia dihasilkan daripada pulpa buah baobab kering. Isi buahnya yang dikeringkan dan telah diasingkan dari bijinya biasanya dijual sebagai serbuk Baobab. Pulpa yang kering ini juga boleh terus dibancuh di dalam air sejuk, ditapis dan terus diminum. Rasanya agak masam dan perlu ditambahkan sedikit gula untuk menjadikannya sedap diminum. Di Sudan, minuman ini lebih dikenali sebagai Tabaldi

Banyak firma-firma di Eropah berminat untuk menggunakan pulpa atau isi buah baobab sebagai perasa bagi coklat bijirin atau minuman selepas  Baobab diluluskan oleh Suruhanjaya Kesatuan Eropah sebagai makanan. Manakala International Centre for Underutilized Crops di Universiti Southhampton pula menobatkan baobab sebagai ‘buah untuk masa hadapan’. 

KHASIAT BAOBAB

Kepada penggemar minuman yang kemasaman sedikit, mesti akan menyukai minuman baobab. Warnanya menyerupai warna air minuman Milo atau teh tarik.

Baobab terkenal dengan kandungan antioksidan, kalsium, vitamin C dan B1 yang tinggi. 100 gram pulpa buah baobab mengandungi kira-kira 300 miligram vitamin C dan ini hampir menyamai enam kali ganda lebih banyak daripada sebiji oren.

Baobab juga mengandungi riboflavin (vitamin B2) yang penting untuk tumbesaran organisma dan mengekalkan serat-serat saraf, kulit dan mata.

Sesetengah saintis berpendapat bahawa kandungan kalsium dalam buah baobab adalah jauh lebih tinggi berbanding segelas susu lembu.

Buah Baobab adalah kaya dengan nutrien. Kandungan nutrien dalam buah baobab mengatasi buah-buahan lain. Baobab dikatakan mengandungi 2 kali ganda antioksidan berbanding dengan buah goji dan delima, dan 6 kali ganda berbanding dengan Blueberry, mengandungi 6 kali ganda Vitamin C berbanding dengan oren, mengandungi 6 kali ganda Potasium berbanding dengan pisang dan 2 kali ganda Kalsium berbanding dengan susu.

Buah baobab juga merupakan satu sumber serat larut yang penting yang berupaya bertindak sebagai prebiotik. Kandungan serat dalam buah baobab mengatasi jumlah serat dalam buah epal dan buah pic.

KEBAIKAN KESIHATAN

Dalam sesetengah kes gastrik, baobab digunakan sebagai penyelaras organ dalaman ekoran kesan prebiotik dan probiotiknya.

Di Afrika, Baobab telah lama digunakan secara tradisional untuk mengubati demam panas, demam sejuk, lelah dan cirit-birit.

Oleh kerana buah baobab ini kaya dengan kandungan antioksidan, vitamin C and nutrien-nutrient lain, pengambilan buah baobab sebagai minuman memberi banyak kebaikan kepada kesihatan, antaranya:
  • Baobab membantu melancarkan perjalanan darah, oksigen dan nutrien-nutrien ke seluruh badan lantas membolehkan badan berfungsi secara optima;
  • Baobab memelihara kesihatan sistem penghadaman dan menurunkan paras kolesterol dalam darah;
  • Baobab memelihara dan meningkatkan keupayaan sistem imun badan;
  • Baobab memelihara dan mengembalikan fungsi urat saraf dan sel-sel terutama untuk mereka yang banyak mengambil minuman kopi, minuman bergas dan beralkohol, dan makanan yang banyak mengandungi sodium;
  • Baobab bertindak sebagai prebiotik bagi menyuburkan bakteria baik dalam usus; dan,
  • Baobab membekalkan antioksidan semulajadi yang secukupnya untuk melindungi badan daripada serangan pelbagai penyakit dan radikal bebas.

KEGUNAAN BAOBAB

Di samping dijadikan sebagai minuman, baobab juga boleh dicampurkan ke dalam yogurt, cereal dan smoothies untuk menjadikan makanan ini lebih sedap. Ia juga boleh dijadikan sebagai jem.

SERBUK BAOBAB

Buah baobab dijual dalam bentuk serbuk untuk dijadikan minuman. Hanya perlu bancuh 1-2 sudu serbuk baobab dengan segelas air sejuk atau air suam dan anda akan menikmati sejenis minuman yang berkhasiat. Ia adalah 100% semulajadi tanpa sebarang bahan pengawet atau pewarna/perasa tiruan. 

Jika anda mengambil gam arab, anda boleh campurkan 1 sudu gam arab dengan 1-2 sudu serbuk baobab kepada 1 gelas air sejuk atau suam untuk menjadikannya satu minuman yang sangat berkhasiat untuk sistem penghadaman. Boleh tambah gula atau madu mengikut rasa untuk menjadikannya lebih sedap. Atau campurkan saja dengan minuman-minuman lain seperti jus kurma, jus delima, jus oren dan sebagainya.

SELAMAT MENCUBA!