Fungsi Utama Gam Arab


Bayangkan sebuah taman atau kebun yang ada pelbagai jenis pokok. Pokok-pokok di taman ini dijaga dengan rapi; diletak baja, disiram dengan penuh kasih sayang. Maka, tumbuhlah semua tanam-tanaman di kebun ini dengan subur. 
 
Perut kita ibarat kebun dan ‘tumbuh-tumbuhan’ dalam perut kita dipanggil gastrointestinal flora. Gastrointestinal flora ialah sebuah ekosistem bakteria semulajadi yang melindungi perut dari bakteria atau mikroorganisma merbahaya yang memasuki badan terutama dari sumber pemakanan dan pernafasan.  
 
Ibarat pokok yang perlukan baja untuk subur dan mekar, kumpulan bakteria ini, yang lebih dikenali sebagai probiotik, juga memerlukan baja.  
 
Apa baja untuk probiotik? Gam arablah antaranya. Gam arab mengandungi serat prebiotik yang sangat tinggi dan terbaik kualitinya untuk membantu kesuburan bakteria baik ini dalam perut. Prebiotik bertindak sebagai baja kepada kumpulan probiotik ini.

Tahukah anda bahawa ubat antibiotik membunuh hampir semua bakteria dalam perut, samada bakteria
baik ataupun bakteria jahat. Oleh itu, tiap-tiap kali selepas mengambil ubat antibiotik, adalah amat disarankan untuk mengambil gam arab ini bagi mempercepatkan perkembangan dan pertumbuhan bakteria baik sebelum bakteria jahat menguasai perut kita.