Lindungi Kulit Anda Dengan Krim dan Sabun DALAN D’OLIVE


Mau kulit yang gebu dan lembut? Mau kulit yang lembap dan berseri? Mau merawat kulit yang kering, mengelupas atau pecah-pecah? 

Produk-produk Dalan D’Olive boleh membantu! Dalan D’Olive memformulasikan beberapa jenis produk khas untuk memelihara keserian dan melembutkan kulit serta merawat masalah-masalah kulit seperti kekeringan, mengelupas atau merekah. Malah produk-produk ini juga boleh digunakan untuk merawat penyakit-penyakit kulit seperti ekzema, jerawat, psoriasis atau kemerahan (redness).

Memperkenalkan

Krim MOISTURIZING Badan dan Muka Dalan D’Olive

Diformulasikan daripada minyak zaitun Aegean yang kaya dengan antioksidan dan vitamin E. Antioksidan bertindak melindungi kulit daripada kekeringan, kemerahan dan penuaan yang disebabkan oleh pengaruh alam sekitar manakala vitamin E bertindak menyubur dan melembapkan kulit dan mengembalikan keserian pada kulit. Telah diuji di makmal German DermaConsult Institute yang menunjukkan bahawa krim ini selamat digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit yang sensitif. Sesuai digunakan pada seluruh bahagian badan termasuk bahagian muka. Bebas dari bahan kimia seperti paraben.

Krim INTENSIVE Badan dan Muka Dalan D’Olive

Krim INTENSIVE Dalan D’Olive ini diformulasikan untuk merawat kulit yang bermasalah. Krim ini disarankan kepada mereka yang mengalami masalah kulit yang lebih serius seperti kekeringan kulit yang kronik sehingga pecah-pecah, kerekahan pada tumit kaki, ekzema atau psoriasis (kulit mengalami kemerah-merahan, gatal-gatal dan mengalami pengelupasan). Hanya perlu sapu pada tempat yang bermasalah sahaja. Bebas dari bahan kimia seperti paraben.

Sabun Buku 100% MINYAK ZAITUN Dalan D’Olive

Sabun buku yang diperbuat 100% daripada minyak zaitun ini sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah radang kulit dan kulit sensitif terhadap sabun biasa. Ia kurang berbuih kerana tiada campuran bahan kimia (paraben). Sabun ini juga sesuai digunakan pada rambut untuk mengatasi masalah rambut yang kering dan gugur. Juga sesuai digunakan pada bayi dan kanak-kanak. 

Sabun Buku DAPHNE GLYCERINE Dalan D’Olive

Sabun yang diformulasi daripada minyak Daphne dan glyserin ini berfungsi untuk melembapkan kulit dan mengembalikan keserian pada kulit di sepanjang hari. Gabungan glyserin dan minyak Daphne dalam sabun ini menjadikan sabun ini sangat baik untuk tujuan eksfoliasi (exfoliate) iaitu proses pengelupasan kulit yang mati supaya kulit baru yang lembut akan menyerlah. Sabun ini juga bertindak sebagai anti-penuaan dan antimerengsa (anti-irritant). Minyak Daphne diperolehi daripada buah pokok Daphne (menyerupai buah zaitun) yang banyak terdapat di persisiran pantai Mediterranean di bahagian Turki. 

Sabun Buku CASTLE Dalan D’Olive

Sabun buku Dalan CASTLE ini diformulasi khas untuk membantu proses eksfoliasi (exfoliate) iaitu satu proses merawat kulit yang mati dan berjerawat. Kita bukan sahaja mahukan kulit yang cantik dan bersih malah kulit yang bebas daripada jerawat dan kulit yang kusam. Oleh itu kita tidak harus hanya memfokus pada rutin mencuci dan melembap sahaja, kita juga perlu kepada rutin membersihkan kulit yang mati, satu proses yang dikenali sebagai eksfoliasi (exfoliate). Kenapa kita perlu kepada rutin eksfoliasi (exfoliate) ini? Kulit kita senantiasa memproses sel kulit yang baharu pada bahagian lapisan dermis iaitu lapisan paling bawah dan kemudian menghantarnya ke lapisan yang paling atas iaitu lapisan epidermis. Ketika sel ini bergerak menuju ke permukaan kulit, permukaan kulit yang lama akan mula lemah dan akhirnya menjadi sel kulit mati kerana sudah dipenuhi dengan bahan seperti keratin. Sel kulit yang dipenuhi dengan keratin ini adalah sesuatu perkara yang normal kerana ia berfungsi melindung kulit asal kita. Namun, jika kulit yang mati ini disimpan lebih lama, ia akan menyekat pertumbuhan sel kulit baharu. Hasilnya, kulit akan nampak kusam.

Sabun Buku SULTAN HAMAMI Dalan D’Olive

Sabun buku klasik SULTAN HAMAMI buatan tangan (handmade) ini adalah sabun tradisional Turki yang telah digunakan turun-temurun oleh rakyat Turki. Ia bukan sahaja menyegarkan selepas menggunakannya malah ia juga mengembalikan kesuburan dan keserian pada kulit anda. Kandungan vitamin E dan antioksidan dalam sabun ini akan melembapkan kulit anda dan melindungi kulit anda daripada pengaruh alam sekitar. 100% semulajadi dan bebas daripada bahan kimia (paraben).