|
Gam Arab Kristal |
Apakah Itu Gam Arab?
Di Malaysia kita lebih mengenalinya sebagai gam Arab atau Manna. Di Eropah dan Amerika pula mereka memanggilnya Acacia Gum. Apa pula Gum Arabic? Gum Arabic adalah nama sinonim kepada Acacia Gum. Jika berkaitan dengan makanan kesihatan atau serat makanan (dietary fiber), mereka lebih mengenalinya sebagai Acacia Gum atau Acacia Fiber. Bila berkaitan dengan industri makanan atau farmaseutikal, nama Gum Arabic lebih menyerlah, kerana Gum Arabic sangat terkenal sebagai emulsifier dengan kod E414. Tetapi orang Arab di Afrika dan di semenanjung arab lebih mengenali produk ini sebagai Gum Arabic (atau Samghu 'Arabi dalam bahasa Arab). Mungkin sebahagian besar daripada orang Arab, kalau tidak semua, tidak tahu apa itu Acacia Gum.
|
Pokok Akasia |
Gam Arab dihasilkan daripada getah pokok Acacia yang mengeras menjadi damar berupa kristal. Getah yang keras ini dipetik daripada batang, dahan dan ranting pokok ini. Kualiti yang terbaik banyak terdapat di sebelah barat negara Sudan. Gam Arab berwarna jernih keperangan, ia adalah rapuh dan tidak mempunyai rasa yang kuat.
Terdapat 2 jenis gam Arab, iaitu Acacia Senegal dan Acacia Seyal. Acacia Senegal, juga dikenali sebagai Hashab di Sudan, adalah dari jenis yang terbaik. Semua makanan yang berasaskan gam Arab menggunakan gam Arab Hashab kerana warnanya lebih cerah dan kandungan serat larut yang lebih tinggi.
Gam Arab (Gum Arabic) Simply Nature's
Gam Arab Simply Nature's dibuat 100% daripada gam Arab Hashab asli tanpa bahan pengawet atau bahan kimia berbahaya. Ia diproses secara pengisaran mekanikal sehingga ia menjadi serbuk yang sangat larut dalam air. Produk ini juga diproses di Sudan dalam cuaca yang panas dan kering, jadi kandungan nutriennya terpelihara. Kandungan serat larut dalam Gam Arab Simply Nature's menjangkau 85%, nilai yang biasa terdapat dalam gam Arab Hashab. Kandungan serat larut dalam gam Arab Hashab adalah yang tertinggi pernah ditemui setakat ini.
Gam Arab Simply Nature's memantapkan kesihatan sistem pencernaan dan sistem imun dengan menyuburkan bakteria baik dalam usus (kolon), dan memberi bekalan serat makanan larut yang secukupnya kepada sistem pencernaan bagi membolehkan sistem pencernaan berfungsi dengan lebih efektif untuk mengawal kandungan gula dan kolesterol dalam darah dan menyahkan lebihan lemak dan toksin dari badan.
Gam Arab Simply Nature's larut dengan mudah dalam air dan boleh diambil dengan mana-mana makanan lain seperti nasi, bubur, salad, cereal dan sebagainya. Gam Arab Simply Nature's dipek dalam jar supaya mudah di bawa ke sana sini dan senang ditutup selepas digunakan. Ia mengandungi berat bersih 250 gram untuk 50 hidangan. Untuk kegunaan biasa bagi memelihara kesihatan sistem pencernaan, ambil 5 gram di sebelah pagi dan 5 gram di sebelah malam. 5 gram adalah bersamaan dengan 1 sudu besar atau 2 sudu teh. Untuk tujuan merawat penyakit-penyakit tertentu seperti buah pinggang rosak, kencing manis , darah tinggi dan kolesterol, hendaklah tambahkan dos sehingga 30 gram sehari iaitu 6 kali sehari. Elakkan membancuh melebihi 5 gram dengan 1 gelas air kerana ia akan menjadi larutan yang sangat pekat dan susah untuk diminum. Untuk memudahkan pengambilan yang lebih kerap, campurkan gam Arab dengan minuman-minuman lain seperti susu, jus, minuman coklat, kopi dan sebagainya.
Dengan Gam Arab Simply Nature's, anda akan memperolehi faedah sepenuhnya daripada khasiat dan kebaikan gam Arab termasuk penyerapan mineral-mineral and nutrien-nutrien penting (seperti Kalsium, Magnesium, Vitamin dan Zat Besi) yang lebih efektif, peningkatan sistem imun untuk melawan serangan pelbagai penyakit yang dibawa oleh bakteria berbahaya, pengurangan risiko terhadap serangan penyakit Kardiovaskular dan kanser usus, pengawalan berat badan, kelancaran pembuangan air kencing dan najis dan pengawalan optima kandungan gula dan kolesterol dalam darah.
Kebaikan Gam Arab Sebagai Sumber Kaya Prebiotik
Telah dibuktikan melalui banyak kajian bahawa pengambilan gam Arab yang berterusan memberi banyak manfaat kepada kesihatan. Bukan setakat itu saja, gam Arab boleh merawat pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang rosak. Bayangkan betapa rumitnya kehidupan anda bila terpaksa menjalani rawatan dialisis 2 atau 3 kali seminggu. Bukan saja masa diperlukan, wang ringgit juga diperlukan. Anda juga terpaksa menyusahkan orang lain untuk menghantar dan mengambil anda dari pusat dialisis. Dan bayangkan betapa seronoknya anda jika rawatan dialisis ini dapat dikurangkan atau diberhentikan sama sekali. Ini adalah kenyataan, kerana ramai pengguna-pengguna gam Arab adalah dari kalangan mereka yang berada dalam situasi di atas. Tidak dinafikan bahawa ramai yang skeptikal (ragu-ragu) bila berdepan dengan produk yang baru seperti gam Arab ini, yang belum pernah mereka dengar sebelum ini. Pengguna-pengguna gam Arab yang telah berjaya menikmati kesan positif dari pengambilan gam Arab juga berada dalam situasi yang sama sebelum ini. Tetapi semangat untuk sembuh dari penyakit yang dialami membuatkan mereka tidak berfikir panjang. Tambahan lagi, gam Arab tidak mempunyai kesan sampingan lain seperti ubat-ubatan konvensional, jadi ia tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan kepada pengguna-pengguna.
Jika gam Arab ini dapat menyembuh penyakit-penyakit kronik dengan membaik-pulih dan membantu fungsi sistem penghadaman dan pencernaan, bayangkan apa gam Arab boleh buat untuk anda yang belum lagi mengalami penyakit-penyakit kronik ini. Sudah tentu lebih mudah - pemeliharaan dan pencegahan daripada kerosakan.
Jadi, apakah rahsia gam Arab yang menjadikannya satu makanan yang begitu menyeluruh faedahnya?
Apabila gam Arab ini mampu membaik-pulih buah pinggang yang rosak, di mana hospital pakarpun tidak mampu merawatnya, sudah tentu ada sesuatu yang terkandung dalam gam Arab yang tidak pada suplemen-suplemen lain. Jika begitu hebat khasiatnya, mengapa gam Arab ini tidak dijadikan sebagai ubat? Persoalan yang ditanya ramai orang.
Gam Arab adalah sumber serat prebiotik (prebiotic fiber) yang tertinggi dan terbaik pernah ditemui setakat ini. Kandungan prebiotik dalam gam Arab menjangkau sehingga 85%. Ini bermakna, pengambilan gam Arab sebanyak 10 gram sehari akan membekalkan badan kita dengan 8.5 gram prebiotik, memenuhi keperluan harian. Kandungan prebiotik dalam gam Arab adalah dari jenis kualiti yang terbaik. Kajian membuktikan prebiotik dalam gam Arab adalah setaraf dengan prebiotik dalam susu ibu.
Prebiotik banyak terdapat dalam makanan harian kita seperti gandum, bawang putih, bawang merah, asparagus dan pisang dalam kuantiti yang berbeza.
|
Sumber Prebiotik |
Bawang putih dan bawang merah umpamanya mengandungi 17% dan 9% prebiotik. Pisang mengandungi 1% prebiotik. Jadi untuk mendapatkan bekalan 8.5 gram prebiotik daripada pisang, anda kena makan 850 gram pisang sehari. Mampukah anda melakukannya?
Berapa jumlah prebiotik diperlukan oleh badan setiap hari? Belum ada cadangan saintifik lagi yang spesifik mengenai hal ini, tetapi kajian-kajian berhubung dengan prebiotik mencadangkan antara 4 hingga 8 gram untuk kegunaan biasa. Untuk tujuan rawatan, dos yang lebih tinggi diperlukan, antara 15 ke 20 gram sehari.
Kolon, yang selama ini dicanangkan oleh institusi-institusi perubatan sebagai sekadar saluran pembuangan najis, adalah satu organ kesihatan yang sangat kompleks dan sensitif. Proses penghadaman tidak hanya berlaku di dalam perut tetapi bersambung di dalam kolon. Mana-mana makanan yang tidak dihadamkan atau tidak boleh dihadamkan di dalam perut akan bergerak ke dalam usus besar dan berakhir di dalam kolon untuk melalui proses pencernaan yang terakhir. Di dalam kolon inilah proses penyerapan air, mineral dan nutrien dan penyingkiran lemak yang berlebihan, najis dan toksin berlaku. Keberkesanan kolon dalam fungsi ini amat bergantung kepada kehadiran dan kesuburan bakteria Probiotik yang menghuni kolon ini. Pendekata, kolon adalah umpama kilang pemprosesan dan probiotik adalah pekerja-pekerja yang menjalani aktiviti-aktiviti dalam kilang tersebut. Jika pekerja berkurangan atau lemah, maka kuranglah produktiviti dan akhirnya banyaklah aktiviti-aktiviti akan terbantut, mesin-mesin rosak dan sebagainya.
Bagaimana prebiotik boleh membantu? Prebiotik umpama baja atau makanan kepada probiotik. Jumlah populasi dan kesuburuan probiotik amat bergantung kepada kehadiran berterusan prebiotik yang secukupnya. Gam Arab tidak dicerna dalam perut dan usus besar. Ia diperam di dalam kolon dan apendiks untuk menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids, SCFA), yang berfungsi dan bertindak sebagai prebiotik.
Berikut adalah kebaikan prebiotik atau kesan pengambilan prebiotik yang telah dibuktikan melalui kajian:
- peningkatan kadar penyerapan mineral dan nutrien, yang biasanya terlepas keluar sebagai bahan buangan, terutamanya kalsium dan magnesium
- peningkatan sistem imun
- pengurangan paras gula dan kolesterol dalam darah
- penurunan berat badan (melalui pengawalan selera makan)
- peningkatan jumlah bakteria baik atau probiotik dalam kolon
- pengurangan bakteria berbahaya (bakteria pembawa penyakit) dalam sistem usus
- kelancaran pembuangan najis dan air kencing
- pengurangan atau pencegahan kanser atau radang usus dan penyakit-penyakit yang lain
- pengurangan jangkitan (infections) pada dinding usus
Dengan fungsi-fungsi inilah prebiotik boleh merawat dan mencegah penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, obesiti, kegagalan buah pinggang, kanser usus dan sakit jantung koronari.
Begitulah kehebatan prebiotik. Di samping penjagaan makanan dan senaman yang secukupnya, prebiotik mempunyai pengaruh yang besar terhadap kesihatan tubuh badan anda. Kemampuannya merawat penyakit-penyakit kronik telah terbukti. Dan inilah rahsia gam Arab. Jadi nikmatilah faedah prebiotik sepenuhnya dengan menambahkan Gam Arab Simply Nature's dalam makanan harian anda!
Jika begitulah hebatnya gam Arab, mengapa gam Arab tidak dijadikan ubat?
Pertamanya, ubat dicipta atau diformulasikan untuk menyembuh penyakit dalam kadar yang segera. Antibiotik, misalnya, boleh melegakan demam panas atau demam sejuk dalam masa 1-3 hari. Kesan penyembuhan segera ini tidak datang dari bahan-bahan semulajadi (natural ingredients). Ia datang dari bahan-bahan kimia atau bahan-bahan lain. Sebab itu setiap ubat ada kesan sampingannya. Antibiotik contohnya boleh melemahkan fungsi buah pinggang dan membunuh semua bakteria dalam usus termasuk bakteria baik atau probiotik.
Gam Arab adalah 100% bahan semulajadi. Ia dihasilkan daripada pokok Akasia, dikisar sehingga halus tanpa menambahkan bahan-bahan lain dan terus diminum. Secara semulajadinya, sebagaimana produk-produk semulajadi yang lain, gam Arab tidak boleh menyembuh penyakit dalam kadar yang segera. Ia akan melalui proses pembaik-pulihan dan pemantapan sistem pencernaan dan imun, dan cepat atau lambat kesannya adalah berbeza dari satu individu kepada individu yang lain. Yang pentingnya, penggunaan gam Arab yang berterusan akan membentengkan badan anda daripada penyakit-penyakit kronik dengan izinNya.
Keduanya, gam Arab banyak digunakan dalam industri makanan dan minuman sebagai emulsifier atau ejen penstabil dan dalam industri farmaseutikal sebagai encapsulator. Tidak ada bahan lain yang sebaik gam Arab untuk fungsi-fungsi ini. Perusahaan minuman Coca-cola dan Pepsi, contohnya, bergantung sepenuhnya kepada gam Arab. Oleh kerana bekalan gam Arab dunia dari jenis Hashab (Acacia Senegal) adalah terhad, maka pihak barat mengelak daripada mengiktiraf gam Arab ini sebagai suplemen kesihatan supaya permintaan gam Arab tidak mendadak tinggi sehingga bekalan tidak mencukupi untuk industri-industri yang disebutkan tadi. Pada masa yang sama, pihak barat terutamanya negara-negara Eropah lebih mempromosikan Inulin sebagai prebiotik bagi mengurangkan tumpuan terhadap gam Arab. Inulin dihasilkan daripada Akar Chikori (Chicory Root) yang dikatakan mengandungi 65% prebiotik. Walau bagaimanapun, kajian telah menunjukkan bahawa gam Arab adalah lebih baik daripada Inulin dari segi efek prebiotik (prebiotic effects) terhadap penyuburan dan penambahan bakteria Probiotik dalam usus.
Bagaimana pula prebiotik boleh merawat buah pinggang rosak yang tiada hospital pun dapat merawatnya?
Kebanyakan kesan positif penggunaan gam Arab adalah daripada pesakit-pesakit buah pinggang. Kalau anda tanya orang-orang Sudanpun, di mana terdapat banyaknya gam Arab, semua mereka akan mengatakan bahawa gam Arab ini amat baik untuk buah pinggang. Jadi bagaimana prebiotik dalam gam Arab bertindak membaik-pulih fungsi buah pinggang?
Jawapan yang lebih tepat untuk persoalan ini adalah dari hasil kajian yang dijalankan oleh Bliss et al. dalam tahun 1996 yang telah diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition. Laporan itu menyebut bahawa pesakit dengan kegagalan buah pinggang kronik yang makan diet rendah protein berserta 50 gram gam Arab sehari mempunyai perkumuhan nitrogen najis yang lebih besar dan urea serum lebih rendah daripada pesakit memakan hanya diet rendah protein sahaja tanpa makan gam Arab. Kesan ini menyebabkan uraemia menurun dan rawatan dialisis dapat dikurangkan.
Manakala kajian terbaru yang dilakukan dalam tahun 2008 oleh Adil Ahmed Ali et. al. dari Faculty of Medicine, Department of Biochemistry and Nutrition, University of Gezira, Wad Medani, Sudan ke atas 36 pesakit buah pinggang kronik (chronic renal failure atau CRF) selama 3 bulan membuat kesimpulan bahawa pengambilan gam Arab boleh mengurangkan kesan buruk CRF.
Mengapa Gam Arab Simply Nature's Berbeza?
Gam Arab Simply Nature's sangat larut dalam air sejuk dan mudah untuk diminum. Membancuh Gam Arab Simply Nature's adalah semudah membancuh gula dalam air. Gam Arab Simply Nature's tidak mempunyai rasa yang kuat. Cara pengambilan yang dicadangkan ialah dengan membancuh 5 gram Gam Arab Simply Nature's dengan 1 gelas air sejuk atau suam. Boleh percikkan dengan sedikit lemon untuk menambahkan rasa masam pada bancuhan ini supaya ia lebih mudah dihabiskan. Lemon juga baik untuk membuang lemak dari badan.
Gam Arab Simply Nature's adalah 100% gam Arab asli dari jenis Hashab, kualiti yang terbaik. Kandungan korbohidrat dalam Gam Arab Simply Nature's menjangkau 85% yang berupa serat makanan larut (soluble dietary fiber). Serat larut ini juga dikenali sebagai serat prebiotik kerana efek prebiotik yang terkandung di dalamnya. Jadi Gam Arab Simply Nature's boleh dikatakan sebagai suplemen 2-dalam-1 iaitu sebagai suplemen serat larut dan juga suplemen prebiotik. Jadi dengan pengambilan Gam Arab Simply Nature's anda mendapat bekalan serat larut dan prebiotik yang terbaik untuk memelihara kesihatan sistem pencernaan anda sekaligus melindungi anda daripada penyakit-penyakit kornik.
Kenapa serat larut sangat penting?
Serat larut pula memainkan peranan yang lebih kepada perlindungan dan pengawalan. Ramai pakar berpendapat bahawa kanser kolon berlaku ekoran dari kekurangan serat larut dalam pemakanan. Serat larut bertindak membentuk asid lemak rangkaian pendek dalam usus yang akan menghalang bakteria berbahaya, terutamanya pathogen, daripada membentuk sel-sel kanser (cancerous polyps) pada dinding usus.
Purata orang dewasa memerlukan serat makanan di antara 25
gram hingga ke 38 gram sehari untuk memelihara kesihatan sistem pencernaan, di
mana satu pertiga daripadanya dalam bentuk serat makanan larut. Orang lelaki
lebih memerlukan banyak serat makanan. Pengambilan 10 gram sehari Gam Arab
Simply Nature's akan membekalkan serat larut yang secukupnya untuk badan anda.
Serat selebihnya adalah diperolehi daripada makanan-makanan lain seperti
buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang. Serat tidak larut diperlukan untuk
membersihkan dinding usus (cleansing effects) dan melancarkan pergerakan najis
ke bahagian dubur.
Serat larut juga memainkan peranan penting dalam mengawal
kandungan gula dan kolesterol daam darah. Kebanyakan penyakit-penyakit kronik
berlaku ekoran kehadiran gula dan kolesterol yang berlebihan dalam darah
terutamanya kencing manis dan sakit jantung koronari. Jadi pengambilan serat
larut yang secukupnya akan memelihara anda daripada penyakit-penyakit kronik
ini.
Apa akan berlaku bila mengambil Gam Arab Simply Nature's?
Kehadiran kesan positif daripada pengambilan Gam Arab Simply Nature's adalah bergantung kepada individu. Ada yang dapat merasakan perubahan dalam masa seminggu dan ada juga yang mengambil masa sebulan dua. Ada seorang pengguna memberitahu yang dia merasa cergas dan bertenaga setelah seminggu mengamalkan Gam Arab Simply Nature's. Sebelum itu dia mudah letih dan mengantuk. Gam Arab adalah sumber tenaga semulajadi. Peladang-peladang di Sudan biasanya akan memakan gam Arab ini dalam perjalanan mereka ke ladang dan mereka mampu bekerja di ladang sehingga ke petang tanpa menjamah apa-apa makanan sehingga mereka kembali ke rumah.
Kesan pengambilan Gam Arab Simply Nature's juga bergantung kepada jumlah dos, masa dan cara pengambilan. Jadi banyak faktor yang mempengaruhi keberkesanan gam Arab. Oleh kerana gam Arab ini bukan ubat, maka tiada dos tertentu untuk penyakit tertentu. Kajian mencadangkan pengambilan sehingga 30 gram sehari untuk merawat sesuatu penyakit dan 10 gram sehari untuk tujuan pemeliharaan kesihatan. Masa pengambilan yang dicadangkan adalah ketika perut kosong dan sebelum tidur supaya serat prebiotik dalam gam Arab ini akan terus sampai ke bahagian kolon dan terus dicerna.
Yang pentingnya, gam Arab perlu diambil secara berterusan sebagaimana perlunya anda mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan secara berterusan. Dengan adanya gam Arab dalam pemakanan anda, anda akan mendapat bekalan serat prebiotik yang secukupnya untuk membantu badan anda memperolehi bekalan mineral dan nutrien yang mencukupi. Untuk mengetahui samada gam Arab memberi kesan atau tidak, dan samada anda telah menggunakan gam Arab dengan cara dan dos yang betul atau tidak, lakukanlah ujian sebelum dan 3 bulan selepas menggunakan gam Arab, terutamanya ujian tekanan darah dan ujian paras gula dan kolesterol dalam darah.
InsyaAllah, usaha itu penting, selebihnya kita berdoa kepada Allah SWT semoga kita dijauhkan daripada segala penyakit, dalaman dan luaran. Amin.