Eksfoliasi Kulit: Mengapa Ia Penting?


APAKAH ANDA MAHU KULIT YANG CANTIK DAN BERSIH? BEBAS DARI JERAWAT DAN KULIT YANG KUSAM? LAKUKANLAH RUTIN EKSFOLIASI UNTUK KULIT ANDA.

Ramai yang hanya fokus pada rutin mencuci dan melembap kulit sahaja tetapi mereka lupa akan rutin eksfoliasi kulit. Jika anda mahukan kulit yang sekata dan flawless, lakukanlah rutin eksfoliasi kulit ini seiring dengan rutin melembap kulit.

APA ITU EKSFOLIASI (EXFOLIATION)?

Rutin eksfoliasi adalah rutin mengupas dan menyah kulit kering atau kulit mati yang terdapat pada permukaan kulit. Kulit yang dinyah ini akan digantikan dengan kulit baharu. Oleh itu kulit akan kelihatan lebih bersih, lembut serta berseri. Dengan penggantian kulit ini, maka mudahlah bagi bahan-bahan seperti vitamin dan antioksidan menyerap masuk ke dalam kulit. Namun, rutin eksfoliasi ini jangan dilakukan secara keterlaluan pada kulit wajah kerana dikhuatiri akan membahayakan kulit wajah terutama bila menggunakan skrub eksfoliasi pada rutin mencuci dan melembap sahaja.

MENGAPA RUTIN EKSFOLIASI INI PERLU?

Kulit kita terdiri daripada 3 lapisan utama – epidermis, dermis dan hipodermis. Epidermis adalah lapisan kulit plaing atas sekali yang boleh kita lihat manakala dermis pula adalah lapisan kedua yang berfungsi melindungi tubuh kita. Hipdermis pula adalah lapisan yang paling bawah atau yang paling dalam iaitu lapisan yang paling banyak mengandungi lemak dan pembuluh darah. Kulit kita secara berterusan akan memproses sel kulit yang baharu pada bahagian lapisan dermis dan kemudian menghantarnya ke lapisan epidermis. Apabila sel kulit baharu ini sampai ke lapisan epidermis ia akan membentuk lapisan kulit yang baharu, maka permukaan kulit yang lama akan mula lemah dan akhirnya menjadi sel kulit mati kerana sudah dipenuhi dengan bahan seperti keratin. Sel kulit yang dipenuhi dengan keratin adalah sesuatu perkara yang normal kerana ia berfungsi melindung kulit asal kita. Namun, jika sel kulit mati ini dibiar lama, ia boleh menyekat pertumbuhan sel kulit baharu yang lebih muda.

Oleh itu, jika anda tidak mengambil berat untuk melakukan rutin eksfoliasi kulit, kulit anda akan menjadi semakin kering dan tidak sekata, dan seterusnya tekstur kulit anda akan menjadi lebih kasar. Dan secara tidak langsung, ia juga boleh mempercepatkan proses penuaan kulit. Jadi anda perlu melakukan rutin eksfoliasi kulit ini secara berterusan untuk memelihara kulit anda.

BAGAIMANA RUTIN EKSFOLIASI INI DILAKUKAN?

Sel-sel kulit yang mati yang tidak dibersihkan secara rutin akan menumpuk dan membuat kulit menjadi kusam hingga berjerawat. Untuk itu, anda perlu melakukan rutin eksfoliasi ini secara berterusan bagi membantu mengangkat sel-sel kulit yang mati dan merangsang sel-sel baharu tumbuh. Eksfoliasi kulit juga dapat mencerahkan kulit karana ketika tumpukan sel-sel kulit mati sudah terangkat, maka aliran darah pada kulit akan lebih lancar. 

Ada beberapa cara proses eksfoliasi kulit ini boleh dilakukan. Pilihlah mengikut kesesuaian dan keperluan anda.

1. Eksfoliasi secara mekanik

Eksfoliasi secara mekanik adalah tindakan yang biasanya dilakukan dengan menggunakan skrub, serat mikro (microfiber), sikat halus, kristal gula atau garam, dan span (sponge). Eksfoliasi mekanik ini juga boleh dilakukan di hospital melalui proses dermalplaning atau mikrodermabrasi.

2. Eksfoliasi secara kimiawi

Eksfoliasi kimiawi menggunakan bahan-bahan yang bersifat asid seperti alpha hidroxy acid (AHA), beta hidroxy acid (BHA), asid laktik, asid citrus, dan lain-lain. Eksfoliasi kimia dapat menimbulkan pengelupasan yang ringan hingga ke pertengahan bergantung kepada konsentrasi zat yang digunakan.

3. Eksfoliasi dengan krim permbersih dan pelembab muka

Ada beberapa jenis krim muka yang diformulasi khas untuk membersihkan muka sehingga ke liang-liang pori. Ia bukan sahaja membersihkan muka daripada minyak malah menghilangkan kotoran yang terdapat dalam liang-liang pori yang biasanya disebabkan oleh kulit-kulit yang mati.

Ikuti artikel Krim Pelembab dan Eksfoliasi DERMAGS untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana krim yang diformulasi daripada kulit buah manggis ini boleh membantu anda melakukan rutin eksfoliasi. 

4. Eksfoliasi dengan sabun

Cara yang mudah dan selamat ialah dengan menggunakan sabun yang diformulasi khas untuk tujuan eksfoliasi. Biasanya sabun-sabun ini juga berfungsi melembut dan melembapkan kulit. Jadi jika anda menggunakan sabun-sabun jenis ini untuk mandi dan membasuh muka anda, secara tidak langsung anda sedang melakukan rutin eksfoliasi pada kulit anda disamping anda melembap dan melembutkan kulit anda.

Ikuti artikel Lindungi Kulit Anda Dengan Krim dan Sabun DALAN D’OLIVE untuk mengetahui lebih lanjut jenis-jenis sabun yang boleh digunakan untuk tujuan eksfoliasi kulit.

7 TANDA KULIT PERLUKAN RUTIN EKSFOLIASI

Eksfoliasi kulit ini sama pentingnya dengan membersih dan melembapkan kulit. Berikut adalah antara 7 tanda kulit anda memerlukan rutin eksfoliasi.

1. Kulit tampak kusam dan menggelap

Tanda jelas kulit anda memerlukan rutin eksfoliasi apabila kulit anda menjadi kusam dan kurang berseri. Walaupun anda bersolek, permukaan kulit anda akan terlihat tidak rata kerana anda bersolek di atas kulit yang sel-selnya sudah mati. Alhasil, kulit anda akan tampak bersisik dan terasa kasar. Jadi bila anda melakukan rutin eksfoliasi, sel-sel kulit yang kering akan mengelupas, dan kulit anda akan terasa lebih lembut dan segar.

2. Bekas jerawat tak kunjung hilang meskipun sudah berbulan-bulan

Pori-pori memang keadaannya sentiasa terbuka bagi membenarkan folikel rambut tumbuh. Namun bila ada tumpukan kotoran dan kulit mati dalam pori-pori, pori-pori ini akan mengembang untuk menampung semua tumpukan tersebut. Akibatnya, pori-pori akan membesar dan terlihat jelas. Rutin eksfoliasi boleh mengangkat kotoran di dalam pori-pori ini dan seterusnya akan merapatkan lubang pori-pori.

3. Jerawat sering muncul

Jika anda sering mengalami masalah jerawat di wajah anda, ini bererti pori-pori di wajah anda selalu dipenuhi dengan minyak dan kotoran. Cara eksfoliasi yang biasanya dianjurkan untuk merawat masalah jerawat ini ialah eksfoliasi kimia, terutamanya dengan menggunakan toner BHA yang boleh membersihkan wajah anda hingga ke pori-pori. Hindari dari melakukan eksfoliasi mekanik menggunakan skrub kerana cara ini boleh menyebabkan jerawat makin menjadi-jadi.

4. Muncul garis-garis halus atau tampak keriput

Keriput pada wajah boleh terjadi pada usia muda jika tidak melakukan rutin eksfoliasi. Ia biasanya terjadi apabila seseorang memakai alat solek padahal sel-sel kulitnya kering dan mati. Bersolek di atas kulit yang kering dan mati akan menyebabkan timbulnya lapisan atau garis-garis halus iaitu apabila sel-sel kulit yang mati itu mula mengelupas. Jadi pastikan anda lakukan rutin eksfoliasi dahulu sebelum menggunakan alat-alat solek supaya wajah anda tidak kelihatan keriput.

5. Kulit susah menyerap produk-produk penjagaan kulit

Pernah tak anda merasa produk-produk penjagaan kulit yang anda gunakan seperti serum, minyak pati atau krim pelembap sangat susah untuk meresap ke dalam kulit anda atau tidak terserap sempurna ke dalam kulit anda sehingga menimbulkan gumpalan-gumpalan kecil seperti daki? Itu tandanya banyak terdapat sel-sel kulit mati pada permukaan kulit anda yang telah menyumbat liang-liang pori, sehingga mencegah produk-produk tadi untuk terserap sempurna ke lapisan kulit yang lebih dalam. Dengan mengangkat kotoran di dalam liang-liang pori ini melalui proses eksfoliasi, akan mudah untuk produk-produk tadi menutrisi kulit anda dan seterusnya melembapkannya.

6. Kulit terasa kasar dan bersisik

Bila kulit terasa kasar dan kadang-kadang terasa bersisik, itu tandanya terdapat banyak lapisan kulit mati di permukaan kulit yang harus dieksfoliasi. Pilihlah produk eksfoliasi kulit yang sesuai dengan keadaan kulit anda. Misalnya, kalau kulit anda terlalu kering, pilihlah produk dengan bahan-bahan yang mampu menghidrasi kulit anda seperti ekstrak kulit manggis. Kalau kulit anda terlalu berminyak, pilihlah produk yang boleh membersihkan pori-pori yang tersumbat.

7. Kwasan kulit wajah di sekitar cuping hidung dan hujung mulut mulai menghitam, kering dan kasar

Mungkin secara keseluruhannya, keadaan kulit wajah anda tidak nampak kusam atau menggelap. Tapi, bila diamati secara dekat, mungkin di kawasan lekukan cuping hidung dan kedua sudut bibir anda nampak menghitam, kasar dan lembik (flaky). Untuk melakukan eksfoliasi di kawasan ini, exfoliating toner atau skrub muka boleh membantu. Atau boleh gunakan topeng tanah liat (clay mask) yang memiliki fungsi eksfoliasi.

5 PERKARA TENTANG RUTIN EKSFOLIASI WAJAH PERLU ANDA TAHU

Apa-apapun yang anda lakukan, jangan lakukan rutin eksfoliasi ini secara berlebihan pada tempat yang sensitif seperti wajah anda terutama bila menggunakan teknik mekanik atau kimiawi. Tetapi sekiranya anda melakukan rutin eksfoliasi ini dengan krim atau sabun, tidak mengapa melakukannya tiap-tiap hari. Berikut adalah beberapa perkara yang harus anda ketahui sebelum melakukan rutin eksfoliasi ini pada wajah anda.
  • Jika anda melakukan rutin ini dengan skrub, dua atau tiga kali dalam seminggu adalah memadai. 
  • Rutin eksfoliasi ini elok dilakukan di sebelah pagi kerana di sebelah malam kebiasaannya kulit akan memperbaharui dengan sendiri. Jadi eksfoliasi di sebelah pagi adalah baik untuk menyahkan kulit-kulit yang telah mati itu.
  • Jangan sesekali gunakan skrub badan pada wajah! Skrub badan adalah terlalu kasar untuk kulit wajah.
  • Jika anda mahu melakukan rutin ini secara harian, gunakanlah bahan-bahan pencuci muka yang memiliki fungsi eksfoliasi. Bahan-bahan ini sesuai untuk menyahkan minyak berlebihan yang tersumbat pada liang pori wajah dan ia tidak memberi kesan yang buruk pada kulit jika dilakukan secara harian pada kulit wajah.
  • Bahan semulajadi seperti gula juga boleh digunakan pada wajah kerana ia adalah bahan paling lembut, terutamanya jika anda sekadar mahu merawat beberapa bahagian kulit kering pada wajah. Ia mampu membuang kulit kering tanpa meradangkan kulit. Ia halus dan lebih selamat. Ia juga selamat digunakan pada bahagian lapisan kulit yang nipis seperti sekitar mulut dan mata.
  • Jika anda baharu sahaja melakukan waxing pada kulit wajah mahupun tubuh badan anda, dinasihatkan supaya anda elakkan daripada melakukan rutin eksfoliasi samada sebelum atau selepas melakukan waxing ini. Ia mampu membinasakan kulit dengan lebih teruk.

SELAMAT BEREKSFOLIASI! KULIT ANDA PERIBADI ANDA, JAGALAH IA SEBAIK-BAIKNYA!