Minyak Pati (Essential Oil) dan Aromaterapi


Perbaharui Jiwa Anda Dengan Aromaterapi ... Lebih Tenang! Lebih Ceria! Lebih Fokus!

Aromaterapi ini adalah sejenis perubatan alternatif. Hari ini aromaterapi sudah mula mendapat tempat di hati penduduk Malaysia. Ia digunakan untuk pelbagai aplikasi termasuklah melegakan kesakitan, mengurangkan stres, memperbaiki mood dan meningkatkan fungsi kognitif.

Perubatan aromaterapi yang dikaitkan dengan minyak pati (essential oil) ini telah digunakan lebih dari 5,000 tahun yang lalu dalam kebanyakan budaya di serata dunia. Pengamal perubatan semulajadi beralih kepada aromaterapi untuk mendapatkan kesan anti-bakteria, anti-keradangan dan tahan sakit.

Minyak pati (essential oil) dihasilkan daripada berdozen-dozen tumbuhan perubatan, bunga-bungaan, buah-buahan, herba, akar dan pokok dari serata dunia. Tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan ini telah terbukti berkesan untuk memperbaiki kesihatan fizikal, emosi dan spiritual manusia. Bunga Lavender umpamanya telah digunakan sejak 2,500 tahun yang lalu untuk menghasilkan minyak pati Lavender. Walau bagaimanapun, penggunaan minyak pati di Malaysia untuk tujuan rawatan spiritual melalui aromaterapi masih baharu lagi.

Hari ini sudah ada lebih dari 50 jenis minyak aromaterapi yang boleh didapati di kedai makanan kesihatan dan dijual di kedai-kedai online. Antara minyak pati yang terkenal ialah minyak pati tea tree, lavender, lemon dan peppermint yang juga banyak digunakan dalam ubat gigi hinggalah ke pencuci pakaian.

Dengan menghidu aroma minyak pati ini dipercayai boleh menggalakkan fungsi otak. Minyak pati ini juga boleh menyerap melalui kulit. Ia akan meresap dan bergerak melalui aliran darah yang boleh memberi kesan positif kepada seluruh badan.

Aromaterapi boleh dilakukan dalam beberapa cara:

  • Sebarkan wap minyak pati ke udara menggunakan pembaur elektrik (diffuser). Letakkan beberapa titik minyak pati ke dalam mangkuk pembaur dan campurkan dengan air bersih.
  • Menghidu terus dari botol minyak pati.
  • Rendamkan diri dalam air (seeloknya air suam) yang telah dicampurkan dengan minyak pati.

Kebaikan-kebaikan Aromaterapi

Aromaterapi telah dikaji boleh memperbaiki masalah kesihatan jangka pendek dan jangka panjang dan juga masalah yang lebih serius. Kajian menunjukkan sesiapa yang mempunyai penyakit-penyakit seperti di bawah boleh dirawat melalui perubatan aromaterapi:

·        Stres yang kronik atau kebimbangan
·        Tekanan
·        Insomnia atau masalah tidur
·        Saki otot atau sendi
·        Jangkitan saluran pernafasan
·        Gangguan pada sistem penghadaman
·        PMS (menopause)
·        Masalah kulit termasuklah gigitan serangga, ruam, lebam, selulit atau jerawat
·        Perubahan gula dalam darah
·        Kanser
·        Keletihan

Kajian berkelompok di buat ke atas manusia dan haiwan menunjukkan rawatan aromaterapi mempunyai kesan sedatif dan positif ke atas sistem imun dan sistem saraf utama. Baru-baru ini, kajian dibuat menggunakan imbasan gambar functional menunjukkan bau minyak pati mempunyai kesan positif ke atas kawasan primitif dalam otak yang dipanggil sistem limbik yang membantu mengawal tindakbalas emosi dan kelakuan.

Walau bagaimanapun, kunci kejayaan dari penggunaan kaedah rawatan aromaterapi ini ialah pada kualiti dan keaslian minyak pati yang digunakan. Minyak pati yang terbaik ialah yang 100% tulen dari tumbuhan yang digunakan, iaitu ia tidak dicampurkan dengan wangian sintetik atau bahan-bahan kimia.

Anda harus bijak memilih minyak pati demi menjaga kesihatan anda.