Gel Mandian Dalan D'Olive



Jadikan Kulit Anda Lembut Selembut Sutera Dengan Gel Mandian D'Olive!!

Dalan d’Olive Olive Oil Shower Gel (Moisturizing)

Dalan d’Olive Olive Oil Shower Gel Moisturizing, atau secara singkatnya Gel Mandian Dalan D’Olive, diperbuat daripada minyak zaitun Aegean yang asli dan berkualiti tinggi. Minyak zaitun kaya dengan nutrien-nutrien untuk membaiki kulit yang rosak, menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit baru, melembap dan melembutkan kulit.

Gel Mandian Dalan D’Olive ini juga diperkaya dengan Antioksidan dan Vitamin E untuk melawan proses penuaan pada kulit. Ia juga merangsang pengaliran darah bagi membawa oksigen ke kulit dan menyihatkannya.

Oleh itu Gel Mandian Dalan D’Olive ini sangat efektif untuk membersihkan kulit dan menjadikan kulit anda sangat lembut selembut sutera.

Melalui ujian bebas yang dijalankan di sebuah makmal yang diktiraf di peringkat antarabangsa terbukti Gel Mandian Dalan D’Olive ini dapat melembapkan kulit selama 24 jam.

Formula pH 5.5 sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

Semua Gel Mandian Dalan D’Olive adalah bebas dari bahan Paraben yang dikatakan boleh menyebabkan kanser kulit.

Dalan d’Olive Olive Oil Shower Gel (Peach Blossom)

Gel Mandian Dalan D’Olive (Peach Blossom) pula diperbuat daripada minyak zaitun mediteranean, diaduni dengan bau Bunga Peach yang menyegarkan di musim panas.

Dalan d’Olive Olive Oil Shower Gel (Magnolia)

Gel Mandian Dalan D’Olive (Magnolia) juga diperbuat daripada minyak zaitun mediteranean tapi diaduni dengan bau Bunga Magnolia yang elegan yang sangat menyegarkan.

Cara-cara Penggunaan

Gel Mandian Dalan D’Olive ini boleh digunakan tiap-tiap hari untuk menikmati kesegaran yang dihasilkan oleh minyak Zaitun asli. Selepas membasahi badan anda dengan air, letakkan sedikit gel mandian ke dalam tapak tangan anda, kemudian sapukan dengan kedua-dua tapak tangan anda. Kemudian sapukan ke seluruh badan anda dari bahagian kepala hingga ke kaki dalam bentuk pusingan kecil sehingga timbul buih-buih. Selepas beberapa hari menggunakan gel mandian Dalan D’Olive ini anda pasti akan merasakan kulit anda begitu lembut selembut sutera.

Dapat di SOOQ hari ini!