Krim Pelembab dan Eksfoliasi DERMAGS


Kulit wajah anda adalah peribadi anda! Bila kulit wajah anda cantik, mulus dan lembut, anda akan yakin pada diri sendiri, malah anda juga akan memberi keyakinan kepada orang lain. Jagalah ia sebaik-baiknya!

Tetapi mungkin anda sudah bosan dengan produk-produk kecantikan dan penjagaan kulit wajah yang berada di pasaran. Bukan sahaja mahal, malah mungkin ia membahayakan kulit wajah anda. Berhati-hati memilih, yang mahal dan berjenama tidak semestinya berkualiti. Carilah produk yang dibuat 100% daripada bahan semulajadi dan dihasilkan melalui kajian yang teliti. Yang penting sekali, ia memiliki kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memastikan ia selamat digunakan.

Kini sudah ada produk penjagaan kulit wajah yang dihasilkan daripada ekstrak kulit buah manggis yang 200% lebih berkesan! Ekstrak kulit buah manggis kaya dengan antioksidan, vitamin, mineral dan asid amino yang berkesan untuk memelihara kulit daripada penuaan pramatang (premature aging) dan membantu proses eksfoliasi bagi mencerah dan melembutkan kulit. Produk hasil kajian di sebuah universiti tempatan ini adalah benar-benar selamat digunakan dan diformulasikan untuk pelbagai kegunaan bagi membersih dan menyerikan kulit wajah anda.

Memperkenalkan

Kelebihan produk-produk DERMAGs™:
  • Semua produk berasaskan bahan semulajadi, bebas dari merkuri, dan bebas dari bahan kimia dan bahan berasid seperti paraben, hidrokuinon, tetrinoin, SLS & SLES!
  • Produk R&D Universiti Teknologi Malaysia! 
  • Mendapat kelulusan KKM! 
  • Mendapat pengiktirafan antarabangsa!

Anda Tidak Akan Tertipu Lagi!!

DERMAGs™ Intensive Brightening Serum


Apakah anda pernah mengalami masalah jerawat, dan kesan atau parutnya masih ketara di wajah anda? Ada berita baik untuk anda. DERMAGs™ Intensive Brightening Serum diformulasi khas untuk menghilangkan saki-baki parut di wajah anda. 

Serum ini membantu:-
  • Mencerahkan kulit wajah
  • Menghilangkan parut jerawat, jeragat atau kesan terbakar
  • Membersihkan minyak dan kotoran, dan mengecilkan liang-liang pori
  • Mengurangkan kedutan pada kulit wajah
  • Melembapkan kulit wajah
  • Rutin eksfolia kulit iaitu proses meluruhkan sel-sel kulit dan menggantikan dengan sel-sel baharu

DERMAGs™ Intensive Refining Cream


Masalah penuaan pramatang (premature aging) adalah perkara yang amat ditakuti oleh kaum wanita. Masalah penuaan pramatang ini adalah bersangkut-paut dengan kulit yang cepat menua dan tampak kusam. Jika anda selalu terdedah kepada pengaruh alam sekitar, contohnya sinaran ultraungu (ultraviolet), dan anda tidak melindungi kulit anda daripada pengaruh tersebut, maka penuaan pramatang ini akan mudah berlaku. 

Tetapi anda jangan risau. DERMAGs™ Intensive Refining Cream diformulasi khas untuk melindungi kulit anda daripada penuaan pramatang. Amalkan penggunaan DERMAGs™ Intensive Refining Cream ini secara konsisten untuk kesan yang maksimum.

Krim ini membantu:-
  • Melindungi kulit wajah daripada dehidrasi
  • Melindungi kulit wajah daripada sinaran ultraungu dan radikal bebas yang boleh mempercepatkan kematian sel-sel kulit luar
  • Mengembalikan keseimbangan lembapan pada kulit wajah untuk menjadikannya lebih cerah, halus dan gebu

DERMAGs™ Intensive Brightening Cleanser


Siapa yang tak mahu awet muda. Ramai yang sanggup berbelanja beratus-ratus ringgit malah beribu-ribu ringgit untuk dapat kekal awet muda. Itupun kadang-kadang ada yang tertipu dengan produk-produk yang penuh dengan bahan-bahan kimia dan merkuri untuk memberi kesan yang segera. Tetapi sekarang dengan adanya DERMAGs™ Intensive Brightening Cleanser anda tidak perlu lagi berbelanja sebanyak itu. Dengan berbelanja kurang daripada RM100 anda mendapat produk yang diformulasi daripada 100% bahan-bahan semulajadi malah kesannya untuk mengekal awet muda lebih menyerlah daripada produk-produk yang jauh lebih mahal. DERMAGs™ Intensive Brightening Cleanser adalah pembersih wajah bertekstur ringan dan halus yang dirumus khas dengan bahan aktif yang berkualiti tinggi. Ianya selamat dan berkesan untuk membersihkan kulit tanpa merengsakan. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Cleanser ini membantu:-
  • Mencerahkan kulit secara semulajadi dengan bahan aktif Alpha-Mags
  • Menyingkirkan segala kotoran yang tersumbat dalam liang-liang pori
  • Mengimbangi lebihan minyak yang terdapat pada kulit
  • Menjadikan kulit segar, lebih sihat dan bersinar serta kekal awet muda
  • Mencegah penuaan pramatang

DERMAGs™ Hydrating Moisturiser 


Secara lumrahnya, semua wanita menginginkan kulit yang halus, lembut dan lembab. Bukan itu sahaja, kehalusan, kelembutan dan kelembapan tersebut berpanjangan sepanjang hari. Anda mungkin sudah berputus asa dengan produk-produk yang berada di pasaran yang menjanjikan kelembutan dan kelembapan tetapi untuk sekejap sahaja. Berita baik untuk anda. DERMAGs™ Hydrating Moisturiser diformulasi khas daripada bahan-bahan semulajadi untuk merawat masalah kekeringan pada kulit wajah dan seterusnya memberi kelembapan yang berpanjangan.

Moisturiser ini membantu:-
  • Mencegah kulit wajah daripada menjadi kering dan mencerahkannya
  • Menghaluskan kulit wajah dan menjadikannya sejuk dan segar
  • Mengelak kotoran atau debu dari melekat kembali pada kulit wajah setelah membersihkannya
  • Menutrisi dan menyuburkan kulit wajah dengan kandungan mineral dari bahan-bahan semulajadi

DERMAGs™ Intensive Brightening Softener


Anda selalu stres dengan kulit wajah yang kusam, berminyak dan berjerawat? Anda adalah seorang yang sentiasa terdedah kepada pengaruh alam sekitar dan memerlukan ‘pelindung’ dan ‘pelembut’ muka yang boleh mengekalkan kelembapan dan kesegaran pada wajah anda sepanjang hari? DERMAGs™ Intensive Brightening Softener adalah tona kulit yang diformulasi untuk melindungi kulit wajah anda daripada pengaruh klorin ketika membersihkan muka, mengurangkan lebihan kandungan sebum dan seterusnya memberi kesan kesegaran yang efektif dan pencerahan serta kelembapan wajah yang maksima sepanjang hari.

Softener ini membantu:-
  • Membantu mengimbangi pH pada kulit wajah
  • Membersih wajah daripada lebihan kandungan sebum dan mencerahkannya secara sekata
  • Menyediakan lapisan perlindungan pada kulit wajah daripada terdedah kepada mineral seperti klorin
  • Mengecilkan liang-liang pori yang terbuka selepas proses mencuci muka

p/s Elak guna pada kulit wajah yang kering. Untuk kulit yang kering, disarankan menggunakan DERMAGs™ Hydrating Moisturiser.