Berikut adalah soalan-soalan lazim (Frequently Asked Questions) berkenaan dengan Gam Arab.
Apakah Gam Arab selamat dimakan?
USFDA dan WHO telah mengiktiraf Gam Arab sebagai makanan yang selamat. Gam Arab tidak mengandungi logam-logam berat atau bahan-bahan kimia yang membahayakan kesihatan. Kandungan utamanya ialah karbohidrat dalam bentuk serat yang larut. Gam Arab juga kaya dengan kalsium.
Di Sudan, di mana terdapat banyaknya Gam Arab, Gam Arab telah lama digunakan sebagai sumber tenaga yang luar biasa. Peladang-peladang di kawasan pedalaman Sudan biasanya akan memakan Gam Arab ini bagi membolehkan mereka mendapat tenaga untuk bekerja sepanjang hari tanpa perlu makan makanan-makanan lain.
Gam Arab juga telah lama digunakan sebagai salah satu ramuan penting dalam industri-industri makanan dan perubatan tanpa memberikan sebarang kesan sampingan.
Perlu diingatkan bahawa Gam Arab mengandungi serat larut yang tinggi, dalam sekitar 80-85%. Oleh itu, pengambilan Gam Arab boleh membekalkan serat yang banyak ke dalam sistem penghadaman sekiranya Gam Arab ini diambil dalam kuantiti yang banyak, misalnya dalam sukatan 2 sudu besar (bersamaan 10gm) sekaligus. Bagi sesetengah orang yang kurang mengambil serat dalam pemakanan mereka, pembekalan serat yang mendadak ini boleh menyebabkan ketidakselesaan dalam perut. Perut akan terasa kembung atau penuh. Bila ini berlaku, pengambilan Gam Arab hendaklah dikurangkan dan hendaklah meminum banyak air.
Oleh kerana Gam Arab ini merupakan sejenis makanan, seperti halnya dengan nasi, dan bukan dikategorikan sebagai herba, maka tiada sukatan tertentu yang dikhaskan untuk pengambilan Gam Arab. Walau bagaimanapun, sukatan yang optimum yang disyorkan oleh pengkaji-pengkaji Gam Arab ini ialah 10gm sehari untuk kegunaan biasa bagi memelihara kesihatan sistem penghadaman dan sistem imun badan. Ini adalah kerana orang dewasa memerlukan antara 25-35gm serat makanan setiap hari. Jadi pengambilan 10gm Gam Arab sehari adalah memadai kerana kita juga akan mendapatkan serat makanan dari makanan-makanan yang lain seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, kekacang, jagung, dan sebagainya.
Untuk tujuan merawat sesuatu penyakit seperti penyakit buah pinggang kronik, kegemukan, kencing manis dan kolestrol yang tinggi, pengambilan boleh ditambah sehingga 30gm sehari.
Kepada pengguna yang baru mengambil Gam Arab ini, hendaklah mulakan dengan sukatan yang minimum iaitu dalam sekitar 5gm sehari. Untuk kanak-kanak, boleh mulakan dengan 1 sudu teh (bersamaan 2.5gm).
Gam Arab adalah kaya dengan serat makanan (dietary fiber) yang larut. Tidak ada gam lain atau bahan-bahan lain yang boleh menandingi kandungan serat makanan dalam Gam Arab. Kandungan serat makanan dalam Gam Arab biasanya melebihi 80% bagi jenis kualiti yang terbaik, iaitu dari jenis Acacia Senegal atau dikenali juga sebagai Hashab. Maksudnya, bagi tiap-tiap 100gm Gam Arab, sekurang-kurang 80gm daripadanya adalah serat makanan. Serat makanan ini adalah dari jenis yang larut (soluble dietary fiber). Serat makanan larut amat diperlukan oleh sistem penghadaman bagi memulih dan memelihara sistem imun badan dan mencegah atau merawat pelbagai penyakit. Keistimewaan inilah yang menjadikan Gam Arab sangat efektif sebagai makanan kesihatan. Mengikut beberapa kajian saintifik, serat larut dalam Gam Arab ini memiliki potensi sebagai prebiotik (prebiotic effect) yang amat diperlukan oleh bakteria baik, juga dikenali sebagai probiotik, dalam saluran usus.
Manakala Gam Arab daripada jenis Acacia Seyal, juga dikenali sebagai Talha, kandungan serat makanannya adalah lebih rendah. Sebab itu kebanyakan Gam Arab jenis Talha banyak digunakan dalam industri-industri yang bukan berkaitan dengan makanan atau minuman.
Jadi, untuk mengenali samada sesuatu produk Gam Arab itu tulen 100% atau tidak, dan samada ia dari jenis kualiti yang terbaik atau tidak, lihat pada fakta makanan yang disediakan pada bungkusan produk tersebut. Pastikan yang kandungan serat makanannya (biasanya ditulis sebagai Jumlah Serat Makanan atau Total Dietary Fiber) melebihi 80%. Bagi sesetengah produk Gam Arab, kadang-kadang serat makanan (dietary fiber) tidak ditulis secara langsung pada fakta makanan tersebut, sebaliknya ia ditulis sebagai Jumlah Karbohidrat. Bagi jenis Gam Arab Hashab, kandungan Karbohidrat biasanya dalam lingkungan 85% (iaitu 85gm bagi tiap-tiap 100gm Gam Arab), di mana lebih 95% daripadanya merupakan serat makanan larut.
Jika semua produk Gam Arab berjenis Hashab (Acacia Senegal) dan datangnya daripada Sudan, maka kandungan serat makanan atau karbohidrat tidak akan lari jauh daripada jumlah yang telah disebutkan di atas. Jika sebaliknya, maka produk tersebut bukan tulen 100% atau bukan dari jenis Hashab yang datang dari Sudan. Sudan adalah negara pengeluar terbesar dan menguasai lebih 80% eksport Gam Arab jenis Hashab.
Apakah keistimewaan Gam Arab?Masih ramai di Malaysia yang belum kenal Gam Arab sebagai sumber makanan yang berkhasiat, apatah lagi kebaikan-kebaikannya. Mungkin disebabkan kurangnya promosi untuk produk ini. Atau mungkin ramai yang masih ragu tentang kehabatan Gam Arab ini.
Secara ringkasnya, Gam Arab ini kaya dengan serat makanan yang larut (soluble dietary fibers). Belum ada lagi makanan lain yang mengandungi serat larut melebihi 80% seperti Gam Arab. Epal yang digembar-gemburkan sebagai makanan yang amat baik untuk kesihatan melalui slogan "An epal a day keeps doctors away" hanya mengandungi 2.3% serat. 3 sudu teh Gam Arab mengandungi lebih serat mudah larut dari 10 mangkuk oatmeal, 13 lobak merah, 15 biji epal atau 44 biji prune kering. Berbanding dengan susu lembu pula, Gam Arab mengandungi 8 hingga 10 kali ganda kandungan Kalsium. Perlu diingatkan juga bahawa susu lembu segar mempunyai lemak dan kolestrol serta tiada serat terlarut. Kandungan kalori dalam Gam Arab adalah rendah. Begitulah hebatnya Gam Arab.
Serat makanan, terutamanya dari jenis serat larut sebagaimana yang terdapat dalam Gam Arab, amat diperlukan oleh sistem pencernaan manusia bagi mengawal kandungan gula dan kolestrol dalam darah. Bukan setakat itu saja, serat makanan yang terkandung dalam Gam Arab telah disahkan melalui banyak kajian bahawa ia memiliki kesan Prebiotik (Prebiotical effects) untuk kesuburan bakteria baik dalam sistem perncernaan, yang juga dikenali juga sebagai Probiotik. Kandungan prebiotik dalam Gam Arab adalah prebiotik semulajadi yang tertinggi pernah ditemui setakat ini dan memiliki sama fungsi dengan prebiotik yang terdapat dalam susu ibu.
Kesuburuan probiotik adalah berkait-rapat degan sistem imun badan bagi mencegah atau mengurangkan aktiviti bakteria pembawa penyakit. Hendaklah diketahui bahawa 80% sistem imun badan adalah terletak dalam sistem pencernaan. Pemeliharaan sistem imun adalah amat penting untuk sihat sepanjang masa.
Bagaimana Gam Arab boleh membantu menurunkan berat badan (supports weight loss)?
Gam Arab kaya dengan serat makanan larut dan mengandungi kurang kalori. Serat makanan larut ini akan menyebabkan seseorang itu merasa penuh dan kenyang. Jadi pengambilan Gam Arab ini akan dapat mengurangkan pengambilan makanan-makanan yang lain terutamanya makanan yang berlemak, yang berkalori tinggi dan yang mengandungi banyak gula yang biasanya menyumbangkan banyak lemak dalam badan kita dan menyebabkan kegemukan.
Mengikut satu kajian yang dibuat, pengambilan Gam Arab sebanyak 30gm sehari boleh mendatangkan kesan penurunan berat badan dalam masa 6 minggu. Perlu diingatkan bahawa pengguna-pengguna baru disarankan memulakan pengambilan Gam Arab dalam kadar yang sedikit dulu iaitu lebih kurang 10gm sehari (5gm pagi dan 5gm malam) dan boleh ditingkatkan selepas 1 atau 2 minggu apabila perut anda sudah selesa dengan pengambilan serat yang banyak.
Kegemukan adalah salah satu penyebab kepada penyakit-penyakit berat seperti penyakit jantung koronari, strok dan kencing manis. Oleh itu, pengambilan Gam Arab yang berterusan bukan saja dapat mencegah kegumukan malah juga secara tidak langsung mencegah penyakit-penyakit lain.
Telah dibuktikan bahwa komponen serat makanan yang larut dalam air seperti pektin dan yang terkandung dalam Gam Arab adalah berhubung rapat dengan penurunan kadar kolesterol dan pengawalan kadar gula dalam darah. Serat larut yang terdapat dalam Gam Arab akan mudah dicerna di dalam tubuh dan akan mengikat lemak yang berasal dari makanan yang kemudiannya akan dibuang bersama najis. Ini akan mengurangkan lemak dan kolesterol dalam darah.
Penyakit serangan jantung, yang lebih dikenali sebagai Penyakit Jantung Koronari, adalah penyakit pembunuh nombor satu di dunia pada masa ini. Ia berkait rapat dengan kandungan kolestrol LDL (bad cholestrol) dalam saluran darah. Apabila kandungan kolestrol LDL ini tidak terkawal dan terus bertambah, akhirnya ia mengeras di dinding saluran darah dan akhirnya akan menyempitkan saluran darah tersebut sehingga tersumbat. Maka terjadilah simptom serangan jantung.
Bagaimana Gam Arab boleh membantu? Gam Arab bukanlah ubat untuk sakit jantung. Gam Arab hanyalah bertindak sebagai pencegahan. Maksudnya, sakit jantung berkait rapat dengan peningkatan paras kolestrol LDL dalam darah. Kita mungkin tidak mampu untuk mengawal kemasukan kolestrol LDL ke dalam badan kita kerana cara pemakanan kita yang tidak teratur dan tidak terurus, dan juga kerana tabiat kita yang lebih suka memilih makanan yang berlemak dan berminyak. Ramai di antara kita juga kurang mengambil makanan yang mengandungi serat seperti sayur-sayuran segar, buah-buahan, kekacang dan sebagaiya. Di sinilah pengambilan Gam Arab memainkan penanan penting. Gam Arab mengandungi serat larut (soluble fiber) yang tinggi. Pengambilan 10gm Gum Arabic sehari akan membekalkan antara 8 hingga 8.5gm serat larut. Purata orang dewasa memerlukan serat makanan antara 25 hingga 38gm sehari, di mana satu pertiga daripadanya hendaklah dari jenis serat larut. Serat jenis ini amat diperlukan oleh badan kita untuk mengurangkan kadar kandungan lemak dan kolestrol LDL dalam darah. Apabila kandungan kolestrol LDL dapat dikawal ke paras yang tidak merbahaya, maka risiko penyakit serangan jantung dapat dikurangkan.