Baobab Sebagai Superfood


Kandungan antioksidan dalam buah Baobab yang kering, dikira dalam unit ORAC, ialah 140,000 μ mol TE/100g*. ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity) merujuk kepada ujian makmal bagi menentukan “Jumlah Kapasiti Antioksidan (Total Antioxidant Capacity, TAC)” dalam sesuatu makanan dengan meletakkan makanan tersebut ke dalam balang uji bersama molekul-molekul yang boleh menghasilkan aktiviti radikal bebas atau molekul-molekul lain yang boleh terdedah kepada proses pengoksidanan.

*Sumber ORAC [Research Support, Non-U.S. Gov't: Brunswick Laboratories Test Report on Behalf of Baobab Foods Oct 2011]

Untuk mengetahui samada kandungan antioksidan dalam Baobab ini tinggi atau tidak, mari kita bandingkan Baobab dengan buah-buahan lain yang sudah terkenal dengan kandungan antioksidannya.


Daripada graf di atas, terbukti Baobab mengatasi semua buah-buahan lain (yang sudah lama digelar sebagai superfruit) dari segi kandungan antioksidan.
Oleh sebab itu, National Geographic telah memberi nama jolokan kepada Baobab sebagai “Pokok Vitamin”.
Walaupun Baobab telah lama digunakan di Afrika sebagai sumber makanan yang berkhasiat dan boleh membantu merawat beberapa penyakit, namun ia hanya dikenali di Eropah dalam 10 tahun yang lalu apabila Kesatuan Eropah meluluskan Baobab untuk digunakan dalam makanan dan minuman pada tahun 2008, diikuti oleh USFDA pada tahun 2009.
So apa yang menyebabkan Baobab dinobatkan sebagai superfood? Pertamanya, sebagaimana yang diterangkan di atas, ia padat dengan kandungan antioksidan. Di samping itu, ia juga padat dengan Vitamin C (6x berbanding oren), Vitamin B kompleks, Kalsium (2x berbanding susu) dan mineral-mineral lain seperti zat besi, fosforus, potasium, magnesium dan polyphenol (kumpulan antioksidan).
Pokok Baobab
Banyak nama jolokan diberikan kepada pokok Baobab ini, seperti “monkey bread tree”, “upside down tree”, "cream of tartar tree” dan “dead rate tree”. Apa-apapun nama yang diberikan kepada spesis pokok Adansonia Digitata ini, ia sudah menjadi pokok ikon yang biasa dijumpai di Sabana Afrika. Ia boleh tumbuh sehingga mencecah 82 kaki tinggi dan 32 kaki ukurlilit dan boleh hidup sehingga 1,500 tahun lamanya!
Manakala buah Baobab pula berukuran antara 6 hingga 8 inci panjang. 
Macamana hendak makan buah Baobab ini? 
Baobab dijual dalam bentuk serbuk. Serbuk Baobab dihasilkan daripada isi buah Baobab yang kering di pokok. Tiap-tiap buah Baobab boleh menghasilkan antara 100-200 gram serbuk yang sudah disaring.
Buah Baobab mempunyai rasa masam (tangy flavour) yang unik. Ia boleh diminum begitu sahaja atau boleh dicampurkan dengan madu, jus kurma atau delima untuk menjadikannya lebih sedap. Ia juga boleh dijadikan sebagai serbuk asam (seperti serbuk asamboi) untuk dimakan bersama buah-buahan seperti jambu batu, mangga, epal, nenas dan sebagainya. Yang terbaiknya, serbuk Baobab adalah organik tanpa sebarang bahan campuran lain dan diproses terus dari buah yang asal tanpa proses pengeringan dan sebagainya. Tapi yang penting sekali, serbuk Baobab adalah 100% semulajadi dan mengandungi antioksidan yang tinggi mengatasi buah acai, delima dan sebagainya.